Wednesday, October 20, 2010

moden kah??

sebagai post pertama aku kat blog....
aku nk kongsi satu citer yg penah aq dengar tyme kat maahad dlu...
ceritanya bermula begini....

pada satu hari...
kerajaan mexico telah membuat satu galian utk mencari fosil purba zaman dulu...
setelah mengorek tanah sedalam lebih 50 meter...
mereka menjumpai berberapa utas wayar...

keesokkan harinya...
mereka mengadakan sidang akhbar dan mengatakan wayar itu berusia lebih 800 tahun...
mereka juga menyatakan bahawa masyarakat mexico moden sejak 800tahun dulu lagi...
teknologi mereka moden sejak 800tahun dlu lgi~


selepas kejadian itu,,
kerajaan UK mula terasa tergugat dengan kemodenan masyarakat mexico purbakala,
mereka ingin membuktikan bahawa masyarakat mereka lebih moden dr masyarakat mexico,
mereka mengorek utk mencari fosil yg lebih moden dr mexico...
setelah kerja mengorek dijalankan lebih 48jam,
dan hasil pengorekan sedalam 100meter....
mereka menjumpai satu microchip...
lantas mereka mengadakan sidang akhbar dan menyatakan microchip itu berusia lebih 1000tahun...



selepas kejadian itu,,
kerajaan UK dapat menyangkal pendapat yang mana masyarakat mexico paling moden suatu ketika dulu...
dan mengatakan masyarakat UK paling moden didunia yg menggunakan microchip sejak lebih 1000tahun dulu.....



selepas kejadian itu,,
kerajaan MALAYSIA ingin mencuba nasib utk mencari fosil2 teknologi moden yg digunakan oleh masyarakat melayu suatu ketika dulu...

kerja2 mengorek dijalankan...
selepas kerja pengorekkan dijalankan dalam tempoh lebih 2mggu....
tiada hasil yg dijumpai....
namun mereka tetap tidak berputus asa utk mengorek, mengorek dan terus mencari...
selepas dalam tempoh sebulan tiada hasil fosil yg ditemui...
maka kerajaan MALAYSIA mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan masyarakt MALAYSIA adalah paling moden didunia sejak dari dahulu lagi....
mereka juga mengatakan bahawa masyarakat MALAYSIA lebih moden dari MEXICO dan UK...
ini kerana tiada apa jua fosil yg ditemui dan mengatakan bahawa masyarakat MALAYSIA telah menggunakan WIRELESS sejak dari dulu lagi...
dan mengatakan apalah sgt teknologi wayar dan microchip kerana wireless lebih moden dari itu...
sekian....